Blogging 101

Perkara Haram dan dilarang

halal-1

Perkara Haram Dan Dilarang

عَنْ وَرَّادٍ قَالَ كَتَبَ الْمُغِيرَةُ إِلَى مُعَاوِيَةَ سَلَامٌ عَلَيْكَ أَمَّا بَعْدُ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ ثَلَاثًا وَنَهَى عَنْ ثَلَاثٍ حَرَّمَ عُقُوقَ الْوَالِدِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ وَلَا وَهَاتِ وَنَهَى عَنْ ثَلَاثٍ قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةِ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةِ الْمَالِ

Dari Warrad dia berkata, ” Mughirah pernah berkirim surat kepada Mu’wiyah, “Semoga engkau mendapat keselamatan. Amma ba’du, sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mengharamkan tiga perkara dan melarang dari tiga perkara; Allah mengharamkan durhaka terhadap orang tua, menanam anak perempuan hidup-hidup dan tidak mahu memberi (infaq). Dan Allah melarang dari tiga perkara; mengatakan sesuatu yang tidak jelas sumbernya, banyak bertanya dan menyia-nyiakan harta.” (HR Muslim No: 3239) Satus: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Allah mengharamkan kepada setiap Muslim :

a. Durhaka kepada orang tua

b. Menanam anak perempuan hidup-hidup

c. Tidak mahu memberi (infaq).

2. Allah melarang kepada setiap Muslim:

a. Mengatakan sesuatu yang tidak jelas sumbernya (bercerita, forward, berkongsi sesuatu yang tidak jelas atau tiada dalil) kepada orang lain termasuk di group whatsapp, telegram mahupun FB

b. Banyak bertanya sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat dan menyusahkan

c. Menyia-nyiakan harta (membazir atau menggunakan ditempat yang tidak mendatangkan manfaat pahala).

Berusahalah kita menjauhi sesuatu yang diharamkan Allah, mengelakkan dari terlibat dengan perkara yang dilarang Allah untuk mendapat keselamatan dan keredhaan-Nya.

19hb Mac 2017
20hb Jamadil Akhir 1438H

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s