Blogging 101 · Nasihat Tentang Islam

Memahami setiap baris ayat Surah Yassin

images

Kita sering kali membaca Surah Yaasin tetapi pernahkah kita memahami setiap baris ayat tersebut.

*Surah Yaasin*

*Pengertian Setiap Ayat :*

*Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri*

*Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.*

*Ayat 12 – Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.*

*Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.*

*Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.*

*Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.*

*Ayat 29 – Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita.*

*Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.*

*Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).*

*Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.*

*Caranya – Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.*

*Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.*

*Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.*

*Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.*

*Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.*

*Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri… Hati yang kering akan hidup semula.*

*Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.*

*Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.*

*Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.*

*Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.*

*Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.*

*Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.*

*Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat &  kehidupannya.*

Tiupan pertama – Datang dengan tiba-tiba

Tiupan ke-dua – Hancur

Tiupan ke-tiga – Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

*Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.*

*Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.*

*Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.*

*Ayat 77 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.*

*Ayat 78 – 79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”*

*Ayat 78 dan 79 – Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.*

*Ayat 80 – “Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”*

*Ayat 82 – Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari*

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan 👍

Sila kongsikan

 

 

 

 

 

One thought on “Memahami setiap baris ayat Surah Yassin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s