Blogging 101 · Nasihat Tentang Islam

Kelebihan Solat Subuh

screenshot_2016-12-25-13-57-37

Diantara waktu-waktu solat dalam sehari, solat subuh merupakan solat yang paling banyak keistimewaan dan yang paling banyak disebut. Solat subuh ialah solat yang paling pertama yang kita lakukan setiap memulai hari. Ia didefinasikan sebagai tempoh waktu antara penghujung gelapnya malam dengan terbitnya matahari sebagaimana sabda Rasulullah SAW dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘As: “Waktu Zuhur ialah bila matahari tergelincir hingga bayang-bayang seseorang sama panjang dengan badannya selama waktu Asar belum tiba. Waktu Asar ialah selama belum menguning sinar matahari, waktu solat Maghrib ialah selama mega merah belum lenyap dan waktu solat isyak ialah sampai tengah malam kedua sedangkan waktu solat subuh mulai sejak terbit fajar sampai matahari terbit. Jika matahari sudah terbit, maka hentikanlah solat, kerana ia terbit di antara dua tanduk syaitan” (Hadis Riwayat Muslim)

Memandangkan pentingnya solat subuh ini dilakukan pada waktunya sebagaimana maksud firman Allah SWT: “Sesungguhnya sembahyang diwajibkan atas orang-orang beriman dengan penetapan yang sudah ditetapkan waktunya” (An Nisa ayat 103), sedangkan waktu solat ini merangkumi penghujung waktu tidur, maka hanya pada waktu subuh sahaja akan terdapat dua azan berkumandang. Azan yang pertama dilaungkan sebelum masuk waktu untuk memberi peringatan dan pemberitahuan sekaligus membangunkan semangat orang. Pada bulan Ramadan, laungan ini sangat penting untuk memberitahu mereka yang akan berpuasa agar memberhentikan makan dan minum. Azan kedua pula akan berkumandang tidak beberapa lama setelah masuk waktu subuh. Jaraknya antara azan pertama dan kedua pula menurut Syeikh Albani RA dalam kitab Tamam al Minnah, “itu kira-kira suku jam.”

 

Selain itu, lantunan ‘As solatu khairum minan naum’ (solat itu lebih baik dari tidur) yang dibaca dua kali hanya disyariatkan pada azan Subuh dan tidak terdapat pada waktu-waktu solat yang lain.

 

Terdapat banyak kelebihan dalam menunaikan solat subuh sama ada dari perspektif kesihatan rohani mahupun jasmani.

received_193656244337932

http://www.cashmoneydollar.com

http://www.tltconsultantants.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s