Blogging 101 · Nasihat Tentang Islam · Wanita

Kisah Ibu dengan Kipas Angin

The_Black_Beauty.jpgSetelah ayahnya meninggal dunia, seorang anak telah menghantar ibunya ke rumah orang tua. Dia menziarahi ibunya dari satu waktu ke waktu yang lain.
Pada satu hari dia menerima panggilan daripada pusat jagaan orang tua berkenaan memaklumkan ibunya dalam keadaan nazak. Dengan pantas dia datang untuk berada di samping ibunya pada saat terakhir begitu.
Dia bertanya kepada ibunya: Apakah yang ibu ingin saya lakukan untuk ibu.
Ibunya menjawab: Aku mahu kamu sumbangkan kipas angin untuk pusat jagaan ini, kerana tidak punya kipas angin. Letakkan juga peti sejuk, tukang masak dan makanan kerana sering kali aku tertidur dalam keadaan lapar tidak makan.
‘Ibu kenapa pada saat seperti ini baru ibu pesankan perkara ini ?’ Anak itu bertanya kembali.
Ibunya memberi alasan: Tidak apa anakku, ibu sudah boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan panas tanpa kipas dan lapar. CUMA IBU BIMBANG NANTI SAAT ANAK-ANAK KAMU MENGHANTAR KAMU KE SINI KAMU TIDAK DAPAT MENYESUAIKAN DIRI’..

Renung2kanlah
Apa rasanya kalau ibu/bapa sendiri yg hantar mesej berikut?

Anakku…

Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit.
Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku.

😔 Anakku…

Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,
“mak pekak ke?”,
“mak bisu ke? ”
“tak dengar ker??”..

Aku minta maaf anakku.
Aku semakin MENUA…

😟 Anakku…

Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,
Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA.
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.

😣 Anakku…

Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah.
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.

😷 Anakku…

Bila aku tua,
sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.

😭 Anakku….
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba, Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan cemas.
Jangan menangis.
Hadapi dengan redha.
Aku berjanji pada kamu.
Bila aku bertemu Allah.
Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku.

Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku….

Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku…
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..

🔴 Menjadi ikhtibar pada kita kalau masih ada ibubapa dan postlah posting diatas kepada WA group keluarga atau WA peribadi keluarga sendiri sebab kita taknak kita atau anak2 kita sentiasa berdosa dengan ibubapa kita atau ibubapa mereka…

RENUNG2 KAN LAH……
SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK….DAN SAMPAI KETIKANYA NANTI KITALAH EMAK/AYAH

Ingatan untuk saya, kalau Ada terpandang , sila tegur saya . Kadang-kala kita terlupa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s