Blogging 101 · Nasihat Tentang Islam

kunci_rezeki

SETIAP KITA DAH ADA REZEKI MASING-MASING!

Rezeki manusia ni Allah dah bagi sama rata.

Kalau markah tu ada 10, semua pun dapat 10.

Ada orang umurnya panjang tapi sepanjang hayatnya berpeluang hidup yang sederhana saja.

Jadi rezekinya di mana?

Rezekinya pada umur yang panjang.

Dapat melihat anak cucu sampai ke cicit membesar.

Dapat lihat perubahan zaman.

Ada orang hidupnya mewah tapi umurnya pendek.

Jadi rezekinya di mana?

Rezeki pada kurang peluang membuat dosa. Hisabnya mungkin lebih ringan.

Ada orang rezekinya pada wang dan harta yang banyak.

Tapi hidup terancam dek kekayaan.

Rumah sendiri pun terpaksa pasang 24 CCTV.

Ada orang rezekinya bisnes yang berjaya.

Tapi hidupnya sentiasa dalam kesibukan dan terdedah pada niat jahat musuh.

Ada orang duduk di kampung hidup serba sederhana saja.

Tapi rezekinya pada ketenangan jiwa, bebas hutang.

Ada orang kerja biasa-biasa saja.

Tapi rezekinya sentiasa punya banyak masa untuk keluarga, dapat luangkan masa bersolat jemaah di masjid.

Ada orang hidupnya sentiasa bersilih ganti dengan sakit.

Tapi dengan sakit itulah membawa dia pada peluang untuk sentiasa punya rezeki berdoa, beristighfar, mengingati mati.

Kalau melihat dengan mata hati untuk menilai betapa rezeki Allah itu sama rata, pasti tak ada yang merasa kecewa apetah lagi nak berdengki.

Tinggal lagi kita saja yang tak mahu pilih untuk melihat rezeki dari sudut yang berbeza.

Muhasabah diri😔

received_193656244337932

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s