Blogging 101 · Nasihat Tentang Islam

Mak….kau segalanya….

ibu

Mak..kau segalanya

SEORANG SUAMI MENGAJAK ISTERINYA MAKAN SEPERTI BIASA.
“JOM SAYANG KITA PERGI MAKAN KAT SATU TEMPAT TU, SEDAP
SANGAT MAKANANNYA DAN TEMPAT YANG SANGAT ISTIMEWA
PULA.”
ISTERINYA PADA MULANYA DIAM DAN TIBA-TIBA BERKATA:
“SAYA SEBENARNYA LEBIH RELA ABANG AJAK SEORANG WANITA
LAIN UNTUK MAKAN ISTIMEWA DENGAN ABANG..””
SUAMINYA TERKEJUT DAN BERTANYA SIAPA WANITA TERSEBUT.
ISTERINYA MENJAWAB, “AJAKLAH MAK ABANG.”
“ABANG DAH TERLALU LAMA TAK MELUANGKAN MASA BERBUAL
DAN MAKAN DENGAN MAK ABANG.”
“SAYA SUDAH SELALU ABANG LAYAN SETIAP HARI TAK PERNAH
TERLUPA..
ABANG PERGILAH LAYAN MAK ABANG PULA.”
SUAMINYA TERKEJUT BERCAMPUR SEDIH DAN AMAT TERHARU.
DIA TELEFON IBUNYA DAN MENGAJAK IBUNYA.
IBUNYA TERKEJUT TAPI SANGAT GEMBIRA.
IBUNYA INGINKAN KEPASTIAN APAKAH BENAR
HANYA MEREKA BERDUA SAHAJA..
SI ANAK MENGIAKAN.
DIA PUN MEMBAWA IBUNYA MAKAN BERSAMA-SAMA DI TEMPAT
ROMANTIK DAN ISTIMEWA ITU.
MEREKA BERBUAL PANJANG.
IBUNYA TERSENYUM PUAS DAN SANGAT GEMBIRA DAPAT MAKAN
SERTA BERCAKAP-CAKAP PANJANG DENGAN ANAKNYA..
SI ANAK BERTANYA PADA IBUNYA.
“OK KE MAK?”
“MAK SERONOK KE?”
JAWABNYA IBUNYA,
“YA ANAKKU.”
“SUSAH-SUSAH BAWA MAK KE SINI. ”
“SERONOK DAPAT BERCAKAP-CAKAP DENGAN KAMU.”
“NANTI SAYA BAWA MAK LAGI YA?”
JAWAB IBUNYA,
“NANTI MAK PULA YANG AKAN BELANJA DAN AJAK KAMU KE
SINI..
SETELAH ITU MEREKAPUN PULANG.
SI ANAK TERLALU SIBUK DENGAN KERJAYANYA.
SIBUK DENGAN ISTERI DAN ANAK-ANAK SETIAP HARI..
TIDAK SEMPAT LUANGKAN MASA UNTUK MENELEFON IBUNYA
YANG KESEORANGAN.
JUMPA JARANG-JARANG SEKALI.
SATU HARI DALAM KESIBUKAN DIA TERKEJUT MENDENGAR
IBUNYA SAKIT.
DIA KELAM KABUT MENINGGALKAN KERJA KERANA DIA MASIH
SAYANG IBUNYA.
APABILA SAMPAI DI HOSPITAL IBUNYA TELAH DIAMBIL TUHAN
(MENINGGAL DUNIA).
DIA SANGAT SEDIH DAN MENYESAL KERANA MENGABAIKAN
IBUNYA.
TIDAK BERAPA LAMA KEMUDIAN, DIA MENDAPAT KAD DARI
TEMPAT MAKAN ISTIMEWA ITU.
TEMPAT MAKAN UNTUK DIA DAN ISTERINYA SUDAH DIBAYAR…
MEREKAPUN MAKAN.
MASA MAKAN DIA DAPAT SEKEPING NOTA DARIPADA ORANG YANG
MENEMPAH TEMPAT ITU.
RUPA-RUPANYA TEMPAHAN DIBUAT OLEH ARWAH IBUNYA.
KATA IBUNYA,
“TERIMA KASIH GEMBIRAKAN MAK, WALAUPUN HANYA SEKALI
LUANGKAN MASA KAT MAK”.
” MAK NAK BALAS DAN TUNAIKAN JANJI MAK.
MAK DAH TEMPAH KHAS BUAT KAMU DAN ISTERI KAMU.
“SELAMAT BERGEMBIRA WAHAI ANAKKU.”
LELAKI TADI DAN ISTERINYA MENANGIS TERESAK-ESAK.
ITULAH MAK…..
YA TUHAN, TIDAK TERBAYAR PENGORBANAN MAK.
TAK PERLU LAYAN MAK TIAP-TIAP HARI SEBAB KITA SANGAT-
SANGAT SIBUK DENGAN KEHIDUPAN.
TAPI SEKURANG-KURANGNYA BUATLAH SESUATU DAN
GEMBIRAKAN HATI MAK, SEBELUM MAK PERGI….
MALAM HARI BERDOA DAN MENANGISLAH PADA ALLAH MOHON
KEBAIKAN BUAT MAK…
KADANG-KADANG ADA ORANG BERASA HEBAT KERANA BARU
BERKHIDMAT SIKIT DENGAN MAK.
BARU BAGI SEDIKIT SUMBANGAN DGN MAK, DAH RASA MEMADAI .
SEBENARNYA KITA BELUM BUAT YANG TERBAIK KAT MAK….
KITA CUMA BARU NAK BALAS JASA MAK…
ITU PUN TAK TERBALAS SAMPAI BILA2.
MAK TUMPANGKAN KITA DALAM PERUT DIA SELAMA 9 BULAN
MAK BERSABUNG NYAWA MAK BAGI KITA LIHAT DUNIA NI
MAK BAGI KITA PERGI TADIKA
MAK BAGI KITA PERGI KE SEKOLAH RENDAH
MAK BAGI KITA PERGI KE SEKOLAH MENENGAH
MAK BAGI KITA BELAJAR DI UNIVERSITI
MAK BAGI KITA BEKERJA
MAK BAGI KITA BERKAHWIN
MAK BAGI KITA ADA ANAK
BUKAN MAK BAGI UNTUK LUPAKAN DIA…..
MAK MANDIKAN KITA DARI BARU LAHIR SEHINGGA 6 TAHUN.
MAK TUKARKAN PAMPERS ATAU LAMPIN DARI BARU LAHIR
SEHINGGA 3 TAHUN.
MAK MENYUSU SEHINGGA 2 TAHUN
MAK SUAP MAKAN SEHINGGA UMUR 3 TAHUN
MAK SIAPKAN MAKAN MINUM PALING KURANG 17 TAHUN.
MAK BASUH BAJU DAN SETERIKA BAJU KITA SELAMA 17 TAHUN.
MAK DUKUNG 3 TAHUN.
MAK CUCI NAJIS 5 TAHUN.
MAK BERDOA BUAT KITA SELAGI MAK BERNYAWA.
MAK SAYANG KITA SAMPAI KE AKHIRAT….TIADA KESUDAHAN….
KITA PULA SAYANG MAK, MACAMANA YA..?????
JADILAH ANAK SOLEH WAHAI ANAK-ANAK YANG MASIH ADA MAK.
HARGAILAH MAK KITA..
SAYANGILAH MAK.
MINTA MAAF DENGAN MAK.
BUAT BAIK DENGAN MAK….
CAKAP ELOK2 DENGAN MAK
JAGALAH HATI MAK….
KUNJUNGILAH MAK….
BERBUALLAH DENGAN MAK
HUBUNGILAH MAK WALAU SIBUK MACAMANA SEKALIPUN.
ITUPUN JIKA SEMPAT…..
ITUPUN JIKA MAK MASIH BERNYAWA…
LAKUKANLAH TANPA BERLENGAH LAGI…..
ALLAH AKAN BANTU ANAK2 SEKALIAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.
AAMIIN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s