Blogging 101 · Nasihat Tentang Islam

AJAL TIDAK MENUNGGU TAUBATMU

kematian

AJAL TIDAK MENUNGGU TAUBATMU

Jikalau kamu sempat bertaubat ketika di waktu hidup kamu Alhamdullilah. Akan tetapi sekiranya kamu mati dalam keadaan penuh dosa dan kemaksiatan belum sempat bertaubat kepada Allah سبحانه وتعالى
maka bagi kamu azab yang memedihkan kelak.

Sediakanlah bekalan kita dengan sebaik-baiknya dengan memanfaatkan segala waktu kita untuk mendekatkan diri kepada Allah, beribadah kepada Allah terutama sekali ketika di waktu muda diberikan kesihatan tubuh badan yang sihat dan bijaklah kamu memilih sahabat yang mampu membimbing kamu menuju kepada Allah سبحانه وتعالى.

#MutiaraKata[AL-HABIB ABDULLAH BIN ABDUL KADER AL-HABSYI HAFIDZOHULLAH Yang Diterjemahkan Oleh AL-FADHIL USTAZ AZIAN BIN MAN HAFIDZOHULLAH]

MARILAH KITA MEMPERBETULKAN NIAT-NIAT KITA TATKALA KITA MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS ILMU. PERBANYAKKANLAH NIAT-NIAT YANG SOLEH KERANA YANG MEMBEZAKAN SESEORANG ITU UNTUK MENDAPATKAN MANFAAT, FAEDAH DAN GANJARAN YANG LEBIH DARIPADA ORANG LAIN ADALAH BERGANTUNG SEBANYAK MANA NIAT YANG IA NIATKAN

SEMOGA ALLAH MENITIPKAN KE DALAM HATI KITA PERASAAN TAKUT DAN BERHARAP KEPADA ALLAH TA’ALA TATKALA KITA MENDENGAR AYAT-AYAT ALLAH TA’ALA DAN HADIS-HADIS BAGINDA RASULULLAH ﷺ MAKA SEMAKIN BERTAMBAHLAH KEIMANAN DAN KEYAKINAN KITA SEHINGGA MENGALIRLAH AIRMATA KITA DAN SEMAKIN MENAMBAHKAN SEMANGAT KITA UNTUK BERIBADAH KEPADA ALLAH TA’ALA

MANFAATKAN SETIAP DETIK MASA YANG KITA MILIKI INI SEBAIK-BAIKNYA. SENTIASALAH INGAT KEPADA ALLAH TA’ALA DI MANA-MANA SAHAJA KITA BERADA DAN CARILAH, BERSAHABATLAH DENGAN ORANG-ORANG YANG MAMPU MEMBAWA KITA UNTUK INGAT KEPADA ALLAH TA’ALA

SEMOGA KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG SUKA MENDENGAR KATA-KATA NASIHAT PARA ULAMA, MENDAPATKAN ILMU DARIPADA PARA ULAMA, DUDUK DI DALAM MAJLISNYA PARA ULAMA DAN MENGAMALKAN APA YANG KITA DENGARKAN YANG KITA PEROLEHI DARIPADA ILMU YANG DISAMPAIKAN

SETERUSNYA KITA MENYAMPAIKAN KEPADA YANG LAINNYA DENGAN HARAPAN MUDAH-MUDAHAN KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG MENJADI ASBAB KEBAIKAN DAN TURUNNYA HIDAYAH DARIPADA ALLAH TA’ALA KEPADA MASYARAKAT SEKELILING KITA

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s