Blogging 101 · Nasihat Tentang Islam

KAU CARILAH AKU KAT MAHSYAR NANTI!

Padang Mahsyar

Khas buat para sahabat yang seringkali kata, KAU CARILAH AKU KAT MAHSYAR NANTI! AKU TAK MAAFKAN KAU! Dan sebagainya

Bacalah dan FAHAMKANLAH

Suatu hari, Rasulullah SAW sedang berkumpul dengan para sahabatnya. Di tengah para sahabatnya, tiba-tiba Rasulullah SAW tertawa ringan sampai-sampai terlihat gigi depannya. Umar RA yang berada di di situ, berkata, “Demi engkau, ayah dan ibuku sebagai tebusannya, apa yang membuatmu tertawa, wahai Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab, “Aku diberitahu bahawa pada hari kiamat nanti, ada dua orang yang duduk bersimpuh sambil menundukkan kepala mereka di hadapan Allah SWT. Salah satunya mengadu kepada Allah SWT sambil berkata, “Ya Rabb, ambilkan kebaikan dari orang ini untukku karena dulu ia pernah berbuat zalim kepadaku”

Allah SWT berkata, “Bagaimana mungkin saudaramu ini boleh melakukan itu kerana tidak ada kebaikan sedikitpun yang berbaki dalam dirinya?”

Orang itu berkata, “Ya Rabb, kalau begitu, biarlah dosa-dosaku dipikul olehnya”

Sampai di sini, mata Rasulullah SAW berkaca-kaca. Baginda SAW tidak mampu menahan titisan airmatanya. Baginda SAW menangis. Lalu, Baginda SAW berkata, “Hari itu adalah hari yang begitu mencengkam, di mana setiap manusia ingin agar ada orang lain yang memikul dosa-dosanya”

Rasulullah SAW melanjutkan kisahnya.

Lalu Allah SWT berkata kepada orang yang mengadu tadi, “Angkat kepalamu”. Orang itu mengangkat kepalanya, lalu dia berkata, “Ya Rabb, aku melihat di depanku ada tempat yang terbuat dari emas dan istana-istana yang terbuat dari emas dan perak bertatahkan intan permata. Istana-istana itu untuk Nabi yang mana, ya Rabb? Untuk orang jujur yang mana, ya Rabb? Untuk syahid yang mana, ya Rabb?”

Allah SWT berkata, “Istana-istana itu diberikan kepada orang yang mampu membayar harganya”

Orang itu berkata, “Siapakah yang bakal mampu membayar harganya, ya Rabb?”

Allah SWT berkata, “Engkau mampu membayar harganya”

Orang itu kehairanan sambil berkata, “Dengan cara apa aku membayarnya, ya Rabb?”

Allah SWT berkata, “Caranya engkau maafkan saudaramu yang duduk di sebelahmu, yang kau adukan kezalimannya kepada-Ku”

Orang itu berkata, “Ya Rabb, kini aku memaafkannya”

Allah SWT berkata, “Kalau begitu, ambil tangan saudaramu itu, dan ajak dia masuk syurga bersamamu”

Setelah menceritakan kisah itu, Rasulullah SAW berkata, “Bertakwalah kalian kepada Allah dan hendaknya kalian saling berdamai, sesungguhnya Allah mendamaikan persoalan yang terjadi di antara kaum muslimin”

Kisah di atas terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Hakim, dengan sanad yang shahih.

STATUS HADITH

Hadith ini diriwayatkan oleh al-Hakim didalam al-Mustadrak ( 8781/39/5), al-Bidayah Wan Nihayah (39/20), al-Matolib Al-Aliyyah ( 4590/622/18), Musnad Abu Ya’la dan lain-lain.

Al-Hakim berkata : Sahih sanadnya dan tidak dikeluarkan oleh Sahihain.

Didalamnya terdapat dua perawi yang dikritik

Pertama : Abbad bin Syaibah al-Habati
Kedua : Said bin Anas

Abbad bin Syaibah

Ibnu Hibban berkata : tidak boleh berhujjah dengannya sekiranya bersendirian dalam riwayat perawi-perawi yang munkar.

Said bin Anas

Al-Bukhari berkata : tidak diikuti riwayatnya
Zahabi berkata : tidak dikenal ( majhul)

Kesimpulannya

Ibnu Kathir ketika meriwayatkan hadith ini didalam kitabnya al-Bidayah Wan Nihayah berkomentar : sanadnya ganjil, matan hadithnya pelik dan makna hadith ini baik lagi ajaib.
Telah meriwayatkan juga al-Baihaqi daripada jalur Ziyad bin Maimun al-Basri( dhaif) daripada Anas dengan sanad marfu’ tetapi padanya perlukan kajian juga.
C&P dr kelas mengenali Hadis 2 shahih…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s