Blogging 101 · Nasihat Tentang Islam

Ada apa dengan Pangkat atau Status?

Kasmani DollahScreenshot_2016-03-28-08-16-34.jpg

Numan bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Abu Hanifah rahimahullah, atau terkenal disebut Imam Hanafi, pernah berjalan bertentang arah dengan seorang budak kecil yg berjalan mengenakan terompah kayu.

Sang imam berkata : “Jaga-jaga, Nak dengan terompah kayumu itu, jangan sampai kau tergelincir”.

Budak ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.

“Bolehkah saya tahu namamu, Tuan?” tanya si budak kecil itu tadi.

“Nu’man namaku”, jawab sang imam.

“O.. jadi, tuankah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A’dhom (Imam agung) itu..??”, tanya si budak.

“Bukan aku yang memberi gelaran itu, Masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelar itu kepadaku”, jawab sang Imam.

“Wahai sang Imam, berhati – hatilah dengan gelaranmu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka karena gelar itu. Terompah kayuku ini mungkin hanya menggelincirkanku di dunia. Tetapi gelaranmu itu dapat menjerumuskan kamu ke dalam api yang kekal JIKA KESOMBONGAN dan KEANGKUHAN menyertainya…”

Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itupun tersungkur menangis menerima nasihat ‘tajam’ dr seorang budak kecil…

Imam Abu Hanifah rahimahullah (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan yg begitu dalam maknanya, justru datang dari lidah seorang budak…

Saudaraku tercinta…

Betapa banyak manusia yang tertipu kerana PANGKAT, tertipu kerana KEDUDUKAN, tertipu kerana GELARAN atau TITLE, tertipu karena POSISI YG ‘DIMULIAKAN’, tertipu kerana STATUS SOSIAL, tertipu kerana sebutan gelar HAJI/HAJJAH, USTADZ, AL MUKARROM, SYAIKH) dan sebagainya…

Mari berhati-hati dan TERUS SALING MENGINGATKAN..

Agar jangan sampai kita tergelincir…

Jangan sampai kita menjadi angkuh dan sombong kerana gelaran,pangkat, status sosial dan kebesaran di dunia…

Ingatlah…

“Sepasang tangan yang menarik kita takkala terjatuh lebih  kita percayai daripada seribu tangan yg menyambut kita takkala tiba di puncak kejayaan..”

Mari kita hubungi sahabat-sahabat kita…

Kerana sahabat yg baik adalah pelita/lentera di kegelapan..

Kadang cahayanya baru terasa ketika dunia terasa gelap…

Ketahuilah…

“TIDAK AKAN MASUK SYURGA orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat biji sawi”

(Hadits Riwayat Muslim).

JANGAN MEREMEHKAN NASEHAT,WALAUPUN DATANGNYA DR SEORANG ‘BUDAK HINGUSAN’.

“Undhur maa qaala wa laa tandhur man qaala” – “Perhatikan APA yg disampaikan dan jangan melihat SIAPA yg menyampaikan”

 

Semoga bermanfaat

received_193656244337932
Kasmani Dollah

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s