Blogging 101 · Nasihat Tentang Islam

Cara mendirikan Solat Tahajjud

Ibadah

๐ŸŒปSOLAT TAHAJJUD๐ŸŒป

๐ŸŒธSolat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Firman Allah SWT.:

โ€œDan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.โ€

(Surah Israโ€™; ayat 79)

Rasulullah SAW bersabda: โ€œKerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.โ€ (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

๐ŸŒธCara Mendirikan Solat Tahajjud

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda,: โ€œAmalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.โ€ (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

1โƒฃ. Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.

2โƒฃ. Niat Solat Tahajjud:

(Ushalli sunnatat tahajjudi rakโ€™ataini Lillahi taโ€™ala)

Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Taโ€™ala.

3โƒฃ. Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

a) Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)

Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)

Atau;

b) Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun

Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas

Atau;

c)10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.

(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)

4โƒฃ. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

. ุฑูŽุจูู‘ ุฃูŽุฏุฎูู„ู†ู‰ ู…ูุฏุฎูŽู„ูŽ ุตูุฏู‚ู ูˆูŽุฃูŽุฎุฑูุฌู†ู‰ ู…ูุฎุฑูŽุฌูŽ ุตูุฏู‚ู ูˆูŽุงุฌุนูŽู„ ู„ู‰ ู…ูู† ู„ูŽุฏูู†ูƒูŽ ุณูู„ุทูฐู†ู‹ุง ู†ูŽุตูŠุฑู‹ุง ๏ดฟูจู ๏ดพ

“Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku”, (Surah Al Isra’ 80)

5โƒฃ. Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

Allahummaj al fii Qolbi nuron, wafii lisaani nuuron, wafii samโ€™i nuron, wafii bashorii nuron, wamin fawqii nuron, wamin tahtii nuuron, wa an yamiinii nuron, wa an syamaali nuron, wamin amaamii nuron, wamin kholfii nuuron, wajj al fii nafsii nuron, wa aโ€™dzimlii nuuron, wa adzzim lii nuuron, wajj allii nuuron, wajj alni nuron, Allahumma aโ€™thinii nuuron, wajj al fii ashobii nuron, wafii lahmi nuuron, wafii damii nuuron, wa fii syaโ€™rii nuuron, wafii basyarii nuuron, ..

โ€œYa Allah ciptakanlah cahaya di hatiku, cahaya di lidahku, cahaya di pendengaranku, cahaya di penglihatan-ku, cahaya dari atasku, cahaya dari bawahku, cahaya di sebelah kananku, cahaya di sebelah kiriku, cahaya dari depanku, dan cahaya dari belakangku. Ciptakanlah cahaya dalam diriku, per-besarlah cahaya untukku, agungkanlah cahaya untukku, berilah cahaya untuk-ku, dan jadikanlah aku sebagai cahaya. Ya Allah, berilah cahaya kepadaku, ciptakan cahaya pada urat sarafku, cahaya dalam dagingku, cahaya dalam darahku, cahaya di rambutku, dan cahaya di kulitkuโ€ (Hal ini semuanya disebutkan dalam Al-Bukhari 11/116 no.6316, dan Muslim 1/526, 529, 530, no. 763)

6โƒฃ. Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~

. ุงู„ูŽู‘ู„ู‡ูู…ูู‘ ู„ูŽูƒูŽ ุงู„ุญูŽู…ู’ุฏู ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ู†ููˆุฑู ุงู„ุณูŽู‘ู…ูŽุงูˆูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ุฃูŽุฑู’ุถู ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ูููŠู‡ูู†ูŽู‘ุŒ ูˆูŽู„ูŽูƒูŽ

ุงู„ุญูŽู…ู’ุฏู ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ู‚ูŽูŠูู‘ู…ู ุงู„ุณูŽู‘ู…ูŽุงูˆูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ุฃูŽุฑู’ุถู ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ูููŠู‡ูู†ูŽู‘ุŒ ูˆูŽู„ูŽูƒูŽ ุงู„ุญูŽู…ู’ุฏู ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุฑูŽุจูู‘

ุงู„ุณูŽู‘ู…ูŽุงูˆูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ุฃูŽุฑู’ุถู ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ูููŠู‡ูู†ูŽู‘

Allahumma lakal-hamdu anta noorus-samawaati wal-ardi wa man fihinna, wa lakal-hamdu anta qayyimus-samawaati wal-ardi wa man fihinna, wa lakal-hamdu anta rabbus-samawaati wal-ardi wa man fihinna.

ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุงู„ุญูŽู‚ูู‘ ูˆูŽูˆูŽุนู’ุฏููƒูŽ ุงู„ุญูŽู‚ูู‘ ูˆูŽู‚ูŽูˆู’ู„ููƒูŽ ุงู„ุญูŽู‚ูู‘ ูˆูŽู„ูู‚ูŽุงุคููƒูŽ ุญูŽู‚ูŒู‘ ูˆูŽุงู„ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉู ุญูŽู‚ูŒู‘

ูˆูŽุงู„ู†ูŽู‘ุงุฑู ุญูŽู‚ูŒู‘ ูˆุงู„ุณูŽู‘ุงุนูŽุฉู ุญูŽู‚ูŒู‘ ูˆุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠู‘ูˆู†ูŽ ุญูŽู‚ูŒู‘ ูˆูŽู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏูŒ ุญูŽู‚ูŒู‘.

Antal-Haqqu wa wa’dukal-haqqu wa qawlukal-haqqu wa liqaโ€™uka haqqun, wal-jannahtu haqqun wan-naru haqqun, was-sa’atu haqqun, wan-nabiyyoona haqqun wa Muhammadun haqq.

ุงู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ู„ูŽูƒูŽ ุฃูŽุณู’ู„ูŽู…ู’ู†ูŽุง ูˆูŽุจููƒูŽ ุขู…ูŽู†ูŽู‘ุง ูˆูŽุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ุชูŽูˆูŽูƒูŽู‘ู„ู’ู†ูŽุง ูˆูŽุจููƒูŽ ุฎูŽุงุตูŽู…ู’ู†ูŽุง ูˆูŽุฅูู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ุญุงูŽูƒูŽู…ู’ู†ุง

ููŽุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู†ูŽุง ู…ูŽุง ู‚ูŽุฏูŽู‘ู…ู’ู†ูŽุง ูˆูŽู…ูŽุง ุฃูŽุฎูŽู‘ุฑู’ู†ูŽุง ูˆูŽู…ูŽุง ุฃูŽุณู’ุฑูŽุฑู’ู†ูŽุง ูˆูŽู…ุง ุฃูŽุนู’ู„ูŽู†ูŽู‘ุง ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุงู„ู…ูู‚ูŽุฏูู‘ู…ู

ูˆูŽุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุงู„ู…ูุคูŽุฎูู‘ุฑู ู„ุง ุฅูู„ู‡ูŽ ุฅูู„ุง ุฃูŽู†ู’ุชูŽ.

Allahumma laka aslamnaa, wa bika aamannaa, wa alayka tawakkalnaa, wa bika khaasamnaa, wa ilayka haakamnaa, faghfir lanaa maa qaddamnaa wa maa akhkharnaa, wa maa asrarnaa wa maa a3lannaa, antal-muqaddimu wa antal-muโ€™akhkhiru laa ilaaha illaa ant.

ุฑูŽุจูŽู‘ู†ูŽุง ุขุชูู†ูŽุง ูููŠ ุงู„ุฏูู‘ู†ู’ูŠูŽุง ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉู‹ ูˆูŽูููŠ ุงู„ุขุฎูุฑูŽุฉู ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉู‹ ูˆูŽู‚ูู†ูŽุง ุนูŽุฐูŽุงุจูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ุงุฑู

ูˆูŽุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ูˆูŽุจูŽุงุฑูŽูƒูŽ ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ

ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุฑูŽุจูู‘ ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู’ู†

Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!

Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.

Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.!

๐ŸŒธ KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD

๐Ÿ‘‰๐ŸปTahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.

๐Ÿ‘‰๐ŸปDoa dimakbulkan Allah.

๐Ÿ‘‰๐ŸปMemperolehi ketenangan jiwa.

๐Ÿ‘‰๐ŸปMerasai diri hampir kepada Allah SWT.

๐Ÿ‘‰๐ŸปDiberikan keistimewaan oleh Allah SWT.

๐Ÿ‘‰๐ŸปMemperolehi pertolongan dan rahmat Allah.

๐Ÿ‘‰๐ŸปMenewaskan gangguan dan godaan syaitan.

๐Ÿ‘‰๐ŸปMencegah dosa dan menghindari penyakit.

๐Ÿ‘‰๐ŸปMenjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.

๐Ÿ‘‰๐ŸปAllah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.

๐Ÿ‘‰๐ŸปTerkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.

๐Ÿ‘‰๐ŸปDihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.

๐Ÿ‘‰๐ŸปAllah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.

๐Ÿ‘‰๐ŸปOrang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.

๐Ÿ‘‰๐ŸปDiberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.

๐Ÿ‘‰๐ŸปMendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.

๐Ÿ‘‰๐ŸปMeninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.

๐Ÿ‘‰๐ŸปMemudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Ya ALLAH cintakan cahaya di hatiku,ย di lidahku,cahaya di pendengaranku,cahaya.di penglihatanku, cahaya dari atas,cahaya dari bawahku,cahaya di sebelah kananku, cahaya di sebelah diriku,cahaya dari sebelah depanku dan cahya dari sebelah belakangkan. Ciptakan cahaya dalam diriku per besarkan cahaya untukmu,berilah cahaya untukku, dan jadikan aku sebagai cahaya,berilah cahaya padaku

 

Amin..Amin rabil alamin

 

SELAMAT BERAMAL

SEMOGA BEROLEH MANFAAT

P1060711
Kasmani Dollah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s