Blogging 101

Syurga di Bawah Telapak Kaki Ibu

surga di bawah telapak kaki ibu
Satu hari nanti Allah swt akan mengambil ibu kita balik..
Waktu itu kita harus terima
Dan kita sebagai anak jangan duduk diam sahaja
Memang sedih.. tapi harus melakukan sesuatu sebagai penghormatan terakhir untuk ibu
Anak-anak perempuan pergi mandikan jenazah ibu
Lihat wajah ibu. Lihatlah  lama-lama..
Inilah kali terakhir kita melihat wajah ibu
Selepas ini kita hanya dapat melihat di foto sahaja
Sentuh lembut2 badan ibu
Belai lembut2 badan ibu.
Berkatalah di dalam hati…
“Ini lah sesosok manusia yang melahirkan aku..
Yang membesarkan aku..
Ibu mendidik aku sampai aku jadi manusia
Ibu mengajar aku menjadi wanita yang baik..
Walaupun kadang-kadang aku kecilkan hati ibu,
tetapi ibu tidak pernah marah aku..
Ibu tetap nasihatkan aku..
Selepas ini aku sudah tiada ibu
Nanti satu hari aku pula akan menjadi ibu
Aku ganti pikul tanggungjawab sama mcm mak…
Tetapi saat itu ibu sudah tiada
Aku tidak dapat hendak bermanja dengan ibu lagi..
Aku tiada tempat hendak bercerita..
Sebelum ini apa sahaja rahsia aku akan berkongsi dengan ibu.
Ibu.. Aku sayang ibu.
“Macammana kalau selepas ini aku merindui ibu?
Macammana kalau aku perlukan ibu?”
Ambil peluang terakhir ini..
Usap rambut ibu…macam ibu mengusap rambut kita.
Cium pipi ibu.. macam ibu cium pipi kita..
Lihatlah wajah ibu sepuas puasnya.
Ini peluang terakhir kita dapat melihat wajah ibu.
Selepas ini tiada peluang lagi
Hati-hati jangan sampai air mata kita terkena wajah ibu.
Nanti jenazah ibu sakit..
Sama-sama pakaikan baju baru ibu
Lihat ibu.
Ibu cantik kan?
Anak-anak lelaki pula
Jangan waktu ibu sudah siap memakai kain kafan,
Kita masih sibuk di luar rumah lagi..
Masuk rumah.. Renung jenazah ibu.
Renung lama-lama..
Ini peluang terakhir kita dapat melihat wajah ibu.
Ini lah kali terakhir..
Waktu ini kita sudah tidak dapat hendak mencium tangan ibu lagi dah..
Kita cuma dapat mencium pipi ibu sekejap sahaja
Ini lah peluang terakhir kita dapat mencium..
Ibu wangi sangat..
Selepas ini kita tiada peluang lagi hendak mencium ibu.
Berkatalah didalam hati..
“Aku jahat macam mana pun ibu tidak pernah buang pada aku.
Aku degil macam mana pun, ibu tidak pernah tidak memberi aku makan..
Pada ibu, aku tetap anak dia..
Dulu ibu menadah muntah aku..
Ibu mencebokkan najis aku..
Ibu dukung aku.. ibu suap aku makan..
Ibu marah aku sebab aku nakal..
Tapi ibu tidak pernah benci aku..
Selepas ini aku tidak dapat mencium ibu dah..
Aku tidak dapat berbaring diatas riba ibu lagi dah..
Kalau dulu bila aku makan, ibu tunggu temankan aku di meja..
Ibu lihat anak dia ni makan berselera..
Selepas ini aku tidak dapat merasakan lagi masakan ibu
Ibu.. mana anak ibu ni nak cari ganti?
Ibu… ibu sudah ampunkan dosa2 aku ke, ibu???”
Bila hendak sembayangkan jenazah ibu,
kalau tidak boleh jadi imam, jadi makmum je..
Cepat2 diri dibelakang imam..
Dulu ibu selalu menyuruh kita sholat..
Hari ni kita sholatkan jenazah ibu..
Bila jenazah ibu hendak keluar rumah, cepat-cepat kita pegang keranda ibu..
Biar kita pikul.. kalau boleh semua adik beradik lelaki yg pikul..
Jangan beri orang lain.. ini ibu kita..
Dulu dia yg dukung kita..
Dia yang bawa kita dalam Rohim dia..
Takkan jenazah dia kita tidak mahu pikul?
Waktu jalan bawak jenazah ibu ke kubur tu,
ingat balik waktu ibu pegang tangan kita..
Waktu kita baru pandai jalan..
Ibu langsung tidak bagi kita jatuh..
Sekarang kita hendak menghantar ibu pergi jauh..
Sampai di kubur, jangan beri orang lain menyambut jenazah ibu kita.
Adik beradik lelaki semua terjun dalam liang..
Sambut jenazah ibu.. Biar kita yg buka ikatan kafan tu.Biar kita yang pusingkan jenazah ibu menghadap kiblat.. Biar kita yang meletakkan bantal tanah dibelakang tubuh ibu kita..
Dulu ibu pastikan kita tidur ada bantal..
Ada selimut… jangan sampai kena gigit nyamuk..
Ini peluang terakhir kita dapat melihat ibu.. Selepas ini tiada lagi. Waktu ini kalau kita ada dosa dengan ibu, sudah terlambat hennak meminta ampun dah..
Biarlah kita yang menguruskan jenazah ibu.
Bukan orang lain..
Cakap didalam hati..
“Ibu.. i saat terakhir saya dapat melihat ibu.
Ini saat terakhir saya dapat memegang ibu.
Selepas ini saya tidak dapat melihat ibu lagi..
Saya tidak dapat memegang ibu lagi..
Saya tinggalkan ibu di sini..
Ibu tunggu saya ya..
Sampai masa nanti saya akan berjumpa ibu di sini..
Sementara ini ibu beradulah di sini..
Saya pulangkan ibu pada Tuhan..
Nanti saya doa untuk ibu. Saya hantar sedekah untuk ibu. Ibu jangan risau, saya janji dengan ibu.”
Dengar talkin untuk ibu kita
Ini lah pertama kali dan terakhir kali kita dapat mendengar. Balik dari pusara ibu,
cepat-cepat doa untuk ibu

.
“Ya Allah.. aku redha kau ambil ibu aku.. Kau ampunkanlah dosa-dosa ibu aku.. Dulu dia yang melahirkan aku.. Dia yang mendidik aku.. Dia sayang aku, Ya Allah.. Kau sayangilah dia pula… Kau terimalah amal ibadah ibu.. Kau luaskanlah kuburannya.. Kau naikkan darjatnya Ya Allah. Kau haramkan api neraka buat ibuku, Ya ALLaH.. Jadikan ibuku hambaMu yg mulia..”
Selepas itu, ingat balik semua jasa ibu.
Ingat balik apa nasihat ibu.
Ingat semua pesan ibu
Ibu suruh menjaga adik beradik..
Jangan gaduh..
Kesian kat ibu.
Dia tak senang disana bila anak-anak dia bermusuh..
Ibu cuma boleh menangis je dari jauh..
Kita yg tinggal ini jangan lupa kat ibu
Hantar pahala untuk ibu disana..
Kasihanlah ibu.
Kalau kita yang mati,ibu tidak akan berhenti mendoakan kita.. sebab ibu sayang anak-anak dia..
Takkan kita ingat sahaja tetapi tidak melakukan sesuatu?
Itu ibu kita.. Satu-satunya ibu kita..
Bukan orang lain..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s