Blogging 101

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

sedekah

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Sebagaimana firman Allah, “…wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah…..” -(Surah al Munafiqun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata “supaya aku dapat mengerjakan umrah” atau “supaya aku dapat solat” atau “supaya aku dapat berpuasa”?

Seorang ulama berkata, “Tidaklah seseorang yg telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya..”

Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu’min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

Bersedekahlah untuk saudaramu yg telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.

Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.

Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.

Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

  1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga
  2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan
  3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka
  4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
  5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)
  6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.
  7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat
  8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)
  9. Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan
  10. Sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya
  11. Orang yang bersedekah adalah org yang terbaik di kalangan manusia.
  12. Pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi)
  13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar
  14. Orang yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.
  15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
  16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
  17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.
  18. Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.
  19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
  20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh
  21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian
  22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

Dan sebaik2 sedekah sekarang ini ialah menyebarkan mesej ini dengan niat bersedekah

kasmani
Kasmani Dollah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s